Wednesday, 14 September 2011

HaPpY dAy On ToDaY

Assalamualaikum..
Dear Diary Cekodok bakar.


Hari nie nak update citer baru lar. Yelah, ana rasa mahu jadikan blog nie macam ana punya diari. Huhu. Buka ape tapi malaslah nak tulis dalam buku. Lenguh tangan ana. Hari nie ana mahu sleng (dialek) arab sikit. Sikit jer tak banyak pun. Hari nie hidup ana bermula apabila ana bangun pagi pada pukul 6.45 pagi. MasyaAllah. Ana sudah liwat (lewat) lar. Tapi tak per. Hidup mesti COOL. Ana dengan rileknye mandi dan bersiap seperti rutin harian biasa. Sudah pukul 7.20 pagi. Naik motor berangkat ke sekolah. Sampai dekat pagar sekolah, Jeng Jeng Jeng. Tertutup sudah. Alamak. Sudahlah ana sebagai MAHER (pengawas) terpaksa masuk ikut pagar depan dan bersedia untuk menulis nama. Adoyai. Malulah. Itulah kalau tidur tak ingat dunia. Kan dah kena. Lepas tulis nama, ana dengan selamba badak jalan kat garaj belakang pura-pura bertugas. Hehe. Sekali-sekala apa salahnya gunakan kuasa.(Very Notty >_< ). Lepas masuk perhimpunan , jumpa dengan ana punyer bff, ida. Ida cakap pasal Mila. Ana sebenarnya risau jugak dengan kawan ana yang sorang tu. Dah lama tak datang sekolah. Tapi ana pikir biarlah Mila begitu. Ana pikir dia pasti ada sebabnya tersendiri. Biarlah dia berbicara dengan Allah SWT. Lepas morning prayer masa  Bahasa Melayu. Ana dan kawan-kawan masuk makmal bahasa dengan memikirkan kerja yang tak siap. Semua kalau dah satu kepala memang kelas ALFA lar namanya. Beruntung juga kami dapat guru yang kisahkan pelajarnya tapi tak pernah menghukum kami. Terima kasih UMI. Next subjek is Engineering technology. Bakal jurutera larh katakan. Hari nie dapt tempah nasi dari kawan-kawan. Selalunya bak hantar nasi pukul 9.30 tapi sebab masa tu mase umi ayu kecut perut ana nak mintak keluar pergi ambil nasi. So ana mintak bak hantar nasi selepas waktu BM. Sebelum pergi bengkel pergi hantar nasi kat umi kamariyah. Rezeki mencurah. Umi pun dah buat tempahan dengan umi ana. Pernah terpikir nak buat satu laman web untuk tempahan online. Jauhnya cita-cita. Masuk bengkel lewat lepas anta nasi. Dah dapat hadiah daripada umi ayu. Hadiah tradisi bila belajar di sekolah dan akan dirindui apabila tamat sekolah.(sepit ketam)


memang menderita kalau kena
Ana sebagai pelajar hanya menerima dengan redha. Dalam bengkel buat folio. Fullstop citer kat bengkel. Waktu rehat bermulalah aktiviti perniagaan  nasi bungkus ana. Cepat habis macam pisang goreng. Tapi hari nie still tinggal satu bungkus. Ana simpan dalam plastik. Waktu balik selalunya ana makan ana punya bahagian. Masa tu jugalah ana terdengar bisikan dan pujuk rayu kawan-kawan kelas ana. Lapar katanya. Tambahan diaorang taw nasi bungkus ana still balance satu bungkus. Selalunya kalau tak habis ana akan buat charity. Tapi satu bungkus tak cukup hendak dibahagikan kepada mereka yang memujuk bagai nak rak. Terjadilah satu pergelutan antara Syahmi dan Luqman.

ala. pergelutan ONE TWO JUS jer..


Kelakar tapi menyeronokkan. Syahmi akhirnya meminta bantuan Amin untuk menggantikannya. Pergelutan tersebut berlaku selama 3 hari 2 malam 4 jam 30 minit dan 28 saat. Akhirnya kemenangan berpihak kepada Amin. Hahaha. Nasi bungkus akhirnya menjadi milik Amin dan Syahmi. Suka hati korang lah nak buat apa pun. Ketika detik itu juga ana sedar bahawa kelas 4 Alfa sememangnya amat menyeronokkan dengan pelajarnya yang otak bijak + gila-gila sikit walaupu kelas kami mendapat tentangan daripada beberapa pihak. Tapi kami tak kisah apa orang nak kata sebab mulut buaya boleh di tutup tapi mulut manusia tetap tak dapat ditutup. Kegilaaan kami telah menjadikan kelas kami begitu menyeronokkan. Gurauan menjadi penyeri dalam kelas kami walaupun kadang-kadang agak kasar. Tapi otak gila mereka telah menghidupkan kelas 4 Alfa. MEMANG TERBAIK! .And then tiba masanya waktu untuk pulang. Esok ada sambutan kemerdekaan so secara tradisinya kebanyakkan ahli kelab 4 Alfa nie akan mengambil cuti peristiwa tak rasmi pada hari berkenaan. So tak banyak sangatlah nasi yang perlu ana bawak untuk esok hari. Ana pulang di jemput oleh bak. Lepas nie ana ada kelas taekwondo. Ana pulang berehat dan bersiap diri untuk pergi training. Ternampaklah pula basikal mountan bike bak punye. Rasanya hari nie ana nak cycling pergi kelas. So ana mengayuh basikal menuju ke smkkd. Memang best sebab dan lama tak cycling. Lepas gian lar katakan sambil excercise. kelas berjalan seperti biasa. Sir cakap hari nie nak bukak gelanggang. Ana sebenarnya belajar jugak seni bela diri tapak suci selain daripada taekwondo. Hari nie Sir suruh bukak langkah mengikut gerak hati. Tanpa dijangka Ana pertama kali dalm sejarah bersilat.


Waduh2. Kaget rasanya. Tapi Sir cakap itu adalah ilham daripada Allah SWT. Semua berlaku mengikut kehendaknya (KUN FAYAKUN) dan kita sebagai hambanya hanya mengikut sahaja. Begitulah sahaja peristiwa hari ini dan mengharapkan hari esok masih ada dan lebih baik daripada hari ini. Sekian.

Thursday, 8 September 2011

Aku Tak Bodoh ( C+ )





ASSALAMUALAIKUM
Baru lepas tengok citer aku tak bodoh.Memang pada mula jalan cerita tu agak bodoh tapi menggelikan hati. ada faktor kelakarnya.Bagi aku cerita yang macam tu da ok untuk tontonan remaja macam aku. Cerita yang menarik dan kadang-kadang jalan cerita tu memang betul-betul sama dengan kisah budak-budak remaja zaman sekarang. Aq betul-betul enjoy. Tapi setiap cerita pasti ada maksud yang hendak disampaikan. Hati aq cukup tersentuh apabila seorang pelajar sekolah rendah sanggup untuk mencuri di kantin untuk mendapatkan wang bagi membeli masa ayahnya untuk menonton konsert persembahan lakonan di sekolah. Dia dihukum dan dirotan sebab mencuri dan di saat dia memberitahu ayahnya bahawa di sanggup menjual mainannya untuk bersama ayahnya, mulalah gugur mutiara jernih dari mataku. Sungguh sayu dan menyentuh hati. Sampai begitu sekali kesibukan parent zaman sekarang sehingga mengabaikan masa bersama anak-anak. Aq juga berfikir jika aq mempunyai keluarga dan kerjaya, adakah aq akan sesibuk mereka. Aq berharap aq tidak seperti itu.Lain pula cerita tentang pengorbanan seorang ayah yang miskin tetapi mahu yang terbaik untuk anaknya. Semua ibubapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak namun takdir menentukan segalanya. Aq tertarik dengan kata-kata ayah sudin terhadap pengetua. Aq amat setuju dengan kata-katanya. Membuang pelajar dari sekolah bukan penyelesaian kepada sesuatu masalah tetapi hanya menambahkan masalah sosial remaja. Aq kini mengerti bahawa semua anak-anak boleh dididik tetapi cara ibu bapa yang mendidik salah menyebabkan anak-anak bertindak di luar batasan.Cerita Aku Tak Bodoh ni da lama keluar cuma aq tak berkesempatan untuk menontonnya. Cerita yang penuh pengajaran ini membuat aq insaf dengan sikap aq yang nakal ni. Aq harap keinsafan aq ini bukan seketika. Aq sebenarnya ingin membuat blog ney jadi diariku selepas aq tgp roy meluahkan perasaannya di blog. Kini aq faham bahawa blog bukan sekadar menulis cerita tentang keajaiban kejadian tuhan mahupun berita semasa tetapi juga sebagai medan meluahkan perasaan hati. Kini disinilah bermulanya dunia aq.

#Disini aq letakkan movie cerita Aku Tak Bodoh
Selamat Menonton.




Sunday, 5 June 2011

Penyembahan Tuhan " GOOGLE" ??????

 Salam 1 Malaysia!


 HANGIT!!!!! memang hangit CB dengar story nie. what der???? agama pun boleh main -main ka?. sudah besar punya kepala. Ini dunia sudah kucalana( dialek kelantan). Agama menjadi jati diri seorang manusia. Kalau mempermainkan agama sendiri umpama mempermainkan diri sendiri la. Tapi kadang-kadang tingkah laku mereka yang dikatakan menyembah google yang dikenali sebagai engine pencarian yang peling femes seantero dunia sebagai tuhan sebenarnya adalah gurauan bagi mereka tetapi TIDAK bagi sesetengah orang. Kisah ni dah gempar tapi masih belum semua tahu pasal ni. Sedikit pendedahan tetapi memeranjatkan.



 Itulah yang dikatakan tuhan bagi mereka yang sememangnya dah sesat. Pernah CB pikir yang tidakkah mereka pikir bagaimana si tuhan google itu mencipta mereka jika google itu tuhan mereka. HAISH!!!!  Tak pernah dibuat orang. Kenyataan pengikut agama GOOGLISM bahawa terdapat 9 BUKTI kewujudan google adalah tuhan mereka. Berikut adalah buktinya :

# BUKTI 1
~ Google adalah maha mengetahui. Google indeks lebih 9.5 billon webpage dari enjin pencarian yang lain. ( Berdasarkan pengalaman CB, adalah kawan CB yang bernama musang@fox. Tiap kali CB tanya sesuatu perkara pasti dia cakap "google it". )

#BUKTI 2
~ Google pasti ada di mana-mana selagi ada pencapaian internet.

#BUKTI 3
~ Google menjawab setiap pertanyaan pengikutnya. Setiap masalah dan petua dapat diperolehi daripada pencarian. Misalnya kita hendak tahu tentang sesuatu penyakit. Google it. Pasti jumpa punyer.

#BUKTI 4
~ Google berpotensi abadi. Ia tidak wujud dalam sifat manusia mahupun benda yang pesti akan rosak atau mati. Servernya banyak menjadikannya bersifat abadi.

#BUKTI 5
~ Google adalah infiniti atau erti kata lainnya adalah kuasa yang tidak terbatas. Internet akan tumbuh terus menerus dan google akan mengikutinya. Google tidak akan kalah kepada internet dan semuanya berada  semuanya berada dalam indexnya.

#BUKTI 6
~   Google mengingati segalanya. Semua halaman akan tersimpan di cache google bahkan juga pendapat dan maklum balas anda. Ia akan terpelihara dan dapat di akses oleh semua orang.

#BUKTI 7
~ Google tidak melakukan kejahatan.

#BUKTI 8
~ Berdasarkan google trends, google lebih banyak dicari daripada “Tuhan”, “Jesus”, “Allah”, “Buddha”, “Kristian”, “Islam”, “Buddha” dan “Judaisme". Lihat sendiri statistik berikut:

#BUKTI 9
~ Bukti google itu tuhan adalah melimpah. Semuanya dapat diperoleh dengan merasai kekuasaanya dengan melayari www.google.com. Keimanan tidak diperlukan.

Itu adalah bukti bahawa GOOGLE adalah tuhan. Tapi kadang-kadang rasa kelakar pun ada bila baca. Sememangnya bukti yang diberikan logik tapi budak-budak sekolah rendah boleh la kalau nak tipu.Yang tadi baru bukti. Sekarang di persembahkan pula 10 PERINTAH TUHAN GOOGLE..

* Thou shalt have no other Search Engine before me, neither Yahoo nor Lycos, AltaVista nor Metacrawler. Thou shalt worship only me, and come to Google only for answers – Jangan percaya Search Engine yang lain selain Google

* Thou shalt not use Google as a verb to mean the use of any lesser Search Engine – Jangan gunakan kata Google untuk menyebut Search Engine yang lain

*Thou shalt remember each passing day and use thy time as an opportunity to gain knowledge of the unknown – Gunakan waktumu untuk mencari informasi-informasi baru

* Thou shalt honor thy fellow humans, regardless of gender, sexual orientation or race, for each has invaluable experience and knowledge to contribute toward humankind – hormati sesama manusia tanpa pandang ras ataupun jenis kelamin kerana mereka juga punya penegetahuan yang sumbanganya dapat dipakai semua manusia

* Thou shalt not misspell whilst praying to me – Jangan salah mengeja saat berdoa.(HAHAHAHA)

* Thou shalt not hotlink – Jangan membuat hotlink [????]

* Thou shalt not plagiarise or take undue credit for other’s work – jangan menciplak karya orang lain

* Thou shalt not use reciprocal links nor link farms, for I am a vengeful but fair engine and will diminish thy PageRank. The Google Dance shall cometh – Jangan menggunakan link timbal balik [???] kerana akan menurunkan pagerank

* Thou shalt not manipulate Search Results. Search Engine Optimization is but the work of Microsoft – Jangan memenaipulasi hasil pencarian dengan teknik-teknik SEO [Searh Engine Optimization]

 Begitulah sudah kisah pasal tuhan google. Untuk kisah lebih lanjut, layarilah di sini. Kalau ada yang berminat bolehlah berkenalan dengan nabi agama ini Matt MacPherson.  Sebenarnya CB malas nak tulis story pasal bab-bab agama lain selain islam sebab takut menyentuh sensitiviti rakyat. Karang tak pasal-pasal CB masuk hotel besi pasal kes ney. Mintak ampun. 

P/S: inilah penulisan pertama CB. Sekadar percubaan. Komen sikit ye kalau baca entri ni. Budak- budak baru belajar. Ambil galah tolong jolokkan. Maaf jika ada kesilapan tatabahasa mahupun perkataan digunakan kurang sesuai. Nantikan entri terbaru CB yang akan datang. ( Tutup dapur, Cokodok Hangit..alahai!)