Thursday, 8 September 2011

Aku Tak Bodoh ( C+ )





ASSALAMUALAIKUM
Baru lepas tengok citer aku tak bodoh.Memang pada mula jalan cerita tu agak bodoh tapi menggelikan hati. ada faktor kelakarnya.Bagi aku cerita yang macam tu da ok untuk tontonan remaja macam aku. Cerita yang menarik dan kadang-kadang jalan cerita tu memang betul-betul sama dengan kisah budak-budak remaja zaman sekarang. Aq betul-betul enjoy. Tapi setiap cerita pasti ada maksud yang hendak disampaikan. Hati aq cukup tersentuh apabila seorang pelajar sekolah rendah sanggup untuk mencuri di kantin untuk mendapatkan wang bagi membeli masa ayahnya untuk menonton konsert persembahan lakonan di sekolah. Dia dihukum dan dirotan sebab mencuri dan di saat dia memberitahu ayahnya bahawa di sanggup menjual mainannya untuk bersama ayahnya, mulalah gugur mutiara jernih dari mataku. Sungguh sayu dan menyentuh hati. Sampai begitu sekali kesibukan parent zaman sekarang sehingga mengabaikan masa bersama anak-anak. Aq juga berfikir jika aq mempunyai keluarga dan kerjaya, adakah aq akan sesibuk mereka. Aq berharap aq tidak seperti itu.Lain pula cerita tentang pengorbanan seorang ayah yang miskin tetapi mahu yang terbaik untuk anaknya. Semua ibubapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak namun takdir menentukan segalanya. Aq tertarik dengan kata-kata ayah sudin terhadap pengetua. Aq amat setuju dengan kata-katanya. Membuang pelajar dari sekolah bukan penyelesaian kepada sesuatu masalah tetapi hanya menambahkan masalah sosial remaja. Aq kini mengerti bahawa semua anak-anak boleh dididik tetapi cara ibu bapa yang mendidik salah menyebabkan anak-anak bertindak di luar batasan.Cerita Aku Tak Bodoh ni da lama keluar cuma aq tak berkesempatan untuk menontonnya. Cerita yang penuh pengajaran ini membuat aq insaf dengan sikap aq yang nakal ni. Aq harap keinsafan aq ini bukan seketika. Aq sebenarnya ingin membuat blog ney jadi diariku selepas aq tgp roy meluahkan perasaannya di blog. Kini aq faham bahawa blog bukan sekadar menulis cerita tentang keajaiban kejadian tuhan mahupun berita semasa tetapi juga sebagai medan meluahkan perasaan hati. Kini disinilah bermulanya dunia aq.

#Disini aq letakkan movie cerita Aku Tak Bodoh
Selamat Menonton.




No comments:

Post a Comment