Assalamualaikum..
Dear Diary Cekodok bakar.
Hari nie nak update citer baru lar. Yelah, ana rasa mahu jadikan blog nie macam ana punya diari. Huhu. Buka ape tapi malaslah nak tulis dalam buku. Lenguh tangan ana. Hari nie ana mahu sleng (dialek) arab sikit. Sikit jer tak banyak pun. Hari nie hidup ana bermula apabila ana bangun pagi pada pukul 6.45 pagi. MasyaAllah. Ana sudah liwat (lewat) lar. Tapi tak per. Hidup mesti COOL. Ana dengan rileknye mandi dan bersiap seperti rutin harian biasa. Sudah pukul 7.20 pagi. Naik motor berangkat ke sekolah. Sampai dekat pagar sekolah, Jeng Jeng Jeng. Tertutup sudah. Alamak. Sudahlah ana sebagai MAHER (pengawas) terpaksa masuk ikut pagar depan dan bersedia untuk menulis nama. Adoyai. Malulah. Itulah kalau tidur tak ingat dunia. Kan dah kena. Lepas tulis nama, ana dengan selamba badak jalan kat garaj belakang pura-pura bertugas. Hehe. Sekali-sekala apa salahnya gunakan kuasa.(Very Notty >_< ). Lepas masuk perhimpunan , jumpa dengan ana punyer bff, ida. Ida cakap pasal Mila. Ana sebenarnya risau jugak dengan kawan ana yang sorang tu. Dah lama tak datang sekolah. Tapi ana pikir biarlah Mila begitu. Ana pikir dia pasti ada sebabnya tersendiri. Biarlah dia berbicara dengan Allah SWT. Lepas morning prayer masa Bahasa Melayu. Ana dan kawan-kawan masuk makmal bahasa dengan memikirkan kerja yang tak siap. Semua kalau dah satu kepala memang kelas ALFA lar namanya. Beruntung juga kami dapat guru yang kisahkan pelajarnya tapi tak pernah menghukum kami. Terima kasih UMI. Next subjek is Engineering technology. Bakal jurutera larh katakan. Hari nie dapt tempah nasi dari kawan-kawan. Selalunya bak hantar nasi pukul 9.30 tapi sebab masa tu mase umi ayu kecut perut ana nak mintak keluar pergi ambil nasi. So ana mintak bak hantar nasi selepas waktu BM. Sebelum pergi bengkel pergi hantar nasi kat umi kamariyah. Rezeki mencurah. Umi pun dah buat tempahan dengan umi ana. Pernah terpikir nak buat satu laman web untuk tempahan online. Jauhnya cita-cita. Masuk bengkel lewat lepas anta nasi. Dah dapat hadiah daripada umi ayu. Hadiah tradisi bila belajar di sekolah dan akan dirindui apabila tamat sekolah.(sepit ketam)
 |
| memang menderita kalau kena |
|
Ana sebagai pelajar hanya menerima dengan redha. Dalam bengkel buat folio. Fullstop citer kat bengkel. Waktu rehat bermulalah aktiviti perniagaan nasi bungkus ana. Cepat habis macam pisang goreng. Tapi hari nie still tinggal satu bungkus. Ana simpan dalam plastik. Waktu balik selalunya ana makan ana punya bahagian. Masa tu jugalah ana terdengar bisikan dan pujuk rayu kawan-kawan kelas ana. Lapar katanya. Tambahan diaorang taw nasi bungkus ana still balance satu bungkus. Selalunya kalau tak habis ana akan buat charity. Tapi satu bungkus tak cukup hendak dibahagikan kepada mereka yang memujuk bagai nak rak. Terjadilah satu pergelutan antara Syahmi dan Luqman.
 |
| ala. pergelutan ONE TWO JUS jer.. |
|
|
|
Kelakar tapi menyeronokkan. Syahmi akhirnya meminta bantuan Amin untuk menggantikannya. Pergelutan tersebut berlaku selama 3 hari 2 malam 4 jam 30 minit dan 28 saat. Akhirnya kemenangan berpihak kepada Amin. Hahaha. Nasi bungkus akhirnya menjadi milik Amin dan Syahmi. Suka hati korang lah nak buat apa pun. Ketika detik itu juga ana sedar bahawa kelas 4 Alfa sememangnya amat menyeronokkan dengan pelajarnya yang otak bijak + gila-gila sikit walaupu kelas kami mendapat tentangan daripada beberapa pihak. Tapi kami tak kisah apa orang nak kata sebab mulut buaya boleh di tutup tapi mulut manusia tetap tak dapat ditutup. Kegilaaan kami telah menjadikan kelas kami begitu menyeronokkan. Gurauan menjadi penyeri dalam kelas kami walaupun kadang-kadang agak kasar. Tapi otak gila mereka telah menghidupkan kelas 4 Alfa. MEMANG TERBAIK! .And then tiba masanya waktu untuk pulang. Esok ada sambutan kemerdekaan so secara tradisinya kebanyakkan ahli kelab 4 Alfa nie akan mengambil cuti peristiwa tak rasmi pada hari berkenaan. So tak banyak sangatlah nasi yang perlu ana bawak untuk esok hari. Ana pulang di jemput oleh bak. Lepas nie ana ada kelas taekwondo. Ana pulang berehat dan bersiap diri untuk pergi training. Ternampaklah pula basikal mountan bike bak punye. Rasanya hari nie ana nak cycling pergi kelas. So ana mengayuh basikal menuju ke smkkd. Memang best sebab dan lama tak cycling. Lepas gian lar katakan sambil excercise. kelas berjalan seperti biasa. Sir cakap hari nie nak bukak gelanggang. Ana sebenarnya belajar jugak seni bela diri tapak suci selain daripada taekwondo. Hari nie Sir suruh bukak langkah mengikut gerak hati. Tanpa dijangka Ana pertama kali dalm sejarah bersilat.

Waduh2. Kaget rasanya. Tapi Sir cakap itu adalah ilham daripada Allah SWT. Semua berlaku mengikut kehendaknya (KUN FAYAKUN) dan kita sebagai hambanya hanya mengikut sahaja. Begitulah sahaja peristiwa hari ini dan mengharapkan hari esok masih ada dan lebih baik daripada hari ini. Sekian.